Thursday 30 August 2012

SALAM PERKENALAN

ISU-ISU GURU TERKINI UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA.

Assalamualaikum  dan salam sejahtera. Guru merupakan salah satu tonggak negara. Guru bekerja dengan mendidik dan membentuk murid - muridnya supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna. Namun begitu, seringkali kita terdengar pelbagai masalah yang dialami dan dilakukan oleh guru. Ini sebenarnya boleh menjejaskan imej profesion guru itu sendri. sewajarnya seorang yang bergelar atau digelar sebagai guru memberikan contoh yang baik kerana mereka ini yang akan membentuk murid - murid.

Oleh itu, blog ini diwujudkan bagi memperlihatkan beberapa isu guru yang timbul. Selain itu, ia juga bagi memenuhi tugasan berkumpulan bagi subjek EDU 3108 semester 8 ini. diharapkan ia dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca dan mengambil iktibar daripada isu - isu ini.

-KAMI CIKGU-